TUAN HAJI ABDUL RASHID BIN A. RAHMAN 

(Ketua Pegawai Eksekutif)

Ketamadunan manusia yang berbudaya murni di dasari dengan pendidikan mengenal Pencipta & Alam. Hormat menghormati & berkasih sayang diperolehi melalui pendidikan & tarbiah yang betul dari para pendidik & asatizah yang budiman.

 

Beberapa siri program latihan industri dan kursus-kursus yang telah dibangunkan dan sedang dalam perlaksanaan :-

  • Kursus berstruktur dalam industri Halal“Professional Certificate Halal Management”(PCHM) 

  • Kursus latihan pengurusan & teknikal dalam pembangunan eko-sistem “Johor Halal Export Program”

  • Program latihan dalam sistem Kewangan Islam & muamalat perniagaan

  • Kursus dalam talian “On line” serta E-Learning

  • Program Global Halal Alliance- Rangkaian Antarabangsa dan Akses Pasaran

 

Justeru itu, ia  merupakan satu mercu tanda kewibawaan Islam yang indah dan sempurna untuk melahirkan insaniah yang memiliki pengetahuan asas dan kesedaran yang jitu mengenai “HALAL” di dalam setiap produktiviti kehidupan masyarakat.

Turut penting untuk dititik beratkan dalam penubuhan Halbiz International Sdn Bhd "Halbiz", adalah pembangunan Eko-sistem Halal yang bersepadu yang merangkumiseperti berikut:-

  1. Pembangunan sumber insan 

  2. Perolehan sumber bahan mentah yang innovatif dan berdaya saing 

  3. Kemudahan produksi pengeluaran yang menepati piawaian Eksport

  4. Rangkaian Antarabangsa dan akses pasaran

Semua ini merupakan program yang bersepadu yang dirangka oleh “Halbiz” untuk mencapai matlamat melestarikan Ekonomi Halal di Johor sebagai model pembangunan Hab Halal Global.

 

Tahniah diucapkan kepada “HalBiz”yang berjaya mewujudkan satu platform Halal yang bersepadu dan bersaing tinggi untuk memzahirkan pulangan maksima untuk usahawan Johor dan Malaysia dalam ekonomi dunia yang mencabar.

 

Hasrat dan Impian saya agar segala yang direncanakan menjadi satu saluran pembangunan yang sangat berwibawa dalam mengenengahkan KESEDARAN dan KEPENGGUNAAN instrumen HALAL dan program perlatihan profesional dalam kehidupan manusia secara RAHMATANLI’ALAMIN.

 

 

 

Tuan Haji Abdul Rashid Bin A. Rahman

Ketua Pegawai Eksekutif

Majlis Agama Islam Negeri Johor

PEJABAT

Halbiz International Sdn Bhd

Aras B-01, Wisma YPJ Holdings

No 5, Jalan Sri Perkasa 1/3,Taman Tampoi Utama,

81200 Johor Bahru

© 2020 HalBiz Group

  • HalBiz International

HUBUNGI KAMI

Email: admin@halbizgroup.com



​Talian: +60 197772788