SS YB DATO HAJI YAHYA BIN HAJI AHMAD

(Mufti)

Menjadi suatu tradisi bagi setiap organisasi  apabila sesuatu harapan dizahirkan dengan perancangan yang dicerminkan melalui  misi & visi beserta dengan dasar-dasar dan matlamat penubuhannya.

 

HalBiz International Sdn Bhd adalah satu jenama yang akan sinonim dalam dunia perniagaan, mencorak perniagaannya tersendiri dari aspek keseluruhan eko-sistem Halal baik dari segi perkhidmatan, perlatihan & dagangan daripada ladang kepada pengguna (Farm to Plate). Salah satu daripada fungsi perkhidmatan  yang Halbiz laksanakan sekarang menerusi aktiviti ibadah qorban yang telah dipromosikan untuk rakyat Negeri Johor. Moga-moga ada faedah yang besar untuk rakyat & kerajaan Negeri Johor.

Saya mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada HalBiz selaku anak syarikat Majlis Agama Islam Negeri Johor, yang telah berjaya mengwujudkan peluang jaringan perniagaan melalui muamalat islam, pembangunan modal insan, kerjaya dan eksplorasi dagangan pasaran dalam negara dan antarabangsa. 

 

Harapan ini agar akan banyak lagi perkhidmatan yang akan disediakan oleh pihak kerajaan dalam bahagian Agama melalui anak-anak syarikat Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Sehubungan dengan itu, ingatlah bahawasanya hidup ini hanyalah sementara & akhirat itu yang akan kekal selamanya, binalah corak kehidupan kita dengan warna-warni yang indah & membahagiakan. Semoga HalBiz International Sdn Bhd akan terus maju dan berjaya berlandaskan syariat dan hukum hakam dalam perniagaan.

Akhir kata selamat maju jaya & wassalaam.

 

SS YB Dato’ Hj. Yahya bin Hj. Ahmad

Mufti Negeri Johor Darul Takzim

PEJABAT

Halbiz International Sdn Bhd

Aras B-01, Wisma YPJ Holdings

No 5, Jalan Sri Perkasa 1/3,Taman Tampoi Utama,

81200 Johor Bahru

© 2020 HalBiz Group

  • HalBiz International

HUBUNGI KAMI

Email: admin@halbizgroup.com



​Talian: +60 197772788