YB DATO HAJI MD. ROFIKI BIN DATO HAJI A. SHAMSUDIN  

(Direktor)

Alhamdulillah Rabbil Alamin, Wassolatu wassalamuala Rasulillah, bersyukur kita ke hadarat Illahi kerana  dengan limpah kurnia taufik dan inayahNya, HalBiz International Sdn Bhd (“HalBiz”) yang merupakan anak syarikat Majlis Agama Islam Negeri Johor (“MAINJ”) yang mana asas penubuhannya memfokuskan kepada pembangunan kolektif industri  Halal termasuk program modul latihan halal. 

 

Program Sijil Profesional Pengurusan Halal “PCHM” membawamisi mewujudkan KETAQWAAN serta kesedaran terhadap Allah SWT di kalangan umat manusia melalui profesionalisma & integriti berteraskan Al-Quran & Al-Sunnah.

 

Teras nilai profesionalisma dan integriti dalam setiap organisasi dapat dinilai dari sudut ketelusan dan ketekunan memikul amanah serta tahap khidmat dalam setiap lapisan masyarakat.

 

Kewibawaan kita sebagai manusia adalah dengan terus mencari dasar kehidupan yang praktikal melalui  IMAN, MUAMALAT, IBADAT & AKHLAK agar terbentuk KETAMADUNAN manusia yang gilang-gemilang seperti di zaman silam. Maka melalui saluran perniagaan ini dilihat ada wadah tersendiri untuk diketengahkan kepada masyarakat, moga santunan yang diterapkan dapat melahirkan INSANIAH yang berjiwa luhur & beroleh keberkatan Allah SWT.

 

Sejauh yang saya amati dari model perniagaan yang ditunjukkan dan pelbagai bentuk program latihan, kurikulum yang dijana oleh “Halbiz” merupakan yang terkini sejajar dengan hasrat pelaku industri dan pengguna dalam lanskap halal global. Penerapan amalan terbaik (best practise) serta innovasi dan harmoni adalah piawaian yang terkehadapan (forward-looking) yang saya nilai sejauh ini, Syabas!

 

 

 

 

YB Dato Haji Md Rofiki Bin Dato Haji A.Shamsudin

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Pengarah Halbiz International Sdn Bhd

PEJABAT

Halbiz International Sdn Bhd

Aras B-01, Wisma YPJ Holdings

No 5, Jalan Sri Perkasa 1/3,Taman Tampoi Utama,

81200 Johor Bahru

© 2020 HalBiz Group

  • HalBiz International

HUBUNGI KAMI

Email: admin@halbizgroup.com



​Talian: +60 197772788