YB DATO’ (DR) HAJI NOOH BIN GADOT

(Direktor)

Alhamdulillahir Rabbil Alamiin. Selawat dan salam atas Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya yang suci, sahabat-sahabatnya yang diredhai serta para tabii dan tabiin yang menjadi saksi hingga hari kiamat. Menjadi peraturan dan ketetapan agama islam, kesyumulan hidup manusia bilamana kehidupan ini merujuk kepada wadah Islam secara universal. Sehubungan itu “Halbiz International Sdn Bhd – sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan dibawah Majlis Agama Islam Negeri Johor menjadi satu wadah muamalat untuk mengangkat martabat islam dan membudayakannya kepada umat sejagat.

 

Besar harapan saya melihat para umarra’ dan ulama’ bergabung bersama dalam wadah pelestarian ilmu khususnya industri halal yang berkembang dengan pesatnya ke setiap pelusuk dunia. Amanah ini dalam bentuk tijarah yang dipacu oleh Halbiz adalah urusan para ambia’. Ini adalah kesinambungan perjuangan para pendakwah Islam dimana halal sebagai quwaid fiqhiyyah dan addeenul  Islam adalah dua cabang yang tidak boleh dipisahkan.

 

Saya juga berdoa agar perjalanan model muamalat perniagaan beserta modul program latihan PCHM ini yang diterajui oleh “Halbiz” sebagai sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan”GLC” mempamerkan kecemerlangan sebagai organisasi bukan sahaja di dalam negara malah di persada dunia. Falsafah cemerlang ini saya garapkan dalam aspek 3C’s iaitu :

                  •               Cemerlang pada urus tadbir

                  •               Cemerlang pada pengalaman & kemahiran

                  •               Cemerlang pada akhlak, adab dan etika.

 

Mabruk sekali lagi kepada “Halbiz” dan semoga usaha berterusan ini memacu dan memartabatkan ekonomi industri halal ini ke arah innovasi dan transformasi.

 

 

 

YB Dato’ (Dr) Haji Nooh Bin Gadot

Ahli Penasihat Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam kepada Yang di-Pertuan

Agong dan Majlis Raja-Raja

Penasihat Agama Majlis Agama Islam Negeri Johor

Ahli Jumaah Majlis Diraja Johor

Panel Penasihat Syariah International Halal Labuan Foundation

PEJABAT

Halbiz International Sdn Bhd

Aras B-01, Wisma YPJ Holdings

No 5, Jalan Sri Perkasa 1/3,Taman Tampoi Utama,

81200 Johor Bahru

© 2020 HalBiz Group

  • HalBiz International

HUBUNGI KAMI

Email: admin@halbizgroup.com



​Talian: +60 197772788