MISI

3 tonggak program Halbiz dalam Industri Halal melalui gerakan antarabangsa - Global Halal Alliance.

MEMBANGUNANKAN INFRASTRUKTUR

MENGALIH 

HALANGAN

MENGHUBUNGKAN PASARAN

Sesuai dengan statusnya sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di bawah Majlis Agama Islam Negeri Johor, Sasaran Halbiz adalah untuk menjadi pemangkin industri global dalam pembangunan Ekosistem Halal dan Rantaian Nilai khususnya di Johor dan berfungsi sebagai model Hab Halal Global di Malaysia.

 

Sejak ditubuhkan pada 10 Julai 2017, Halbiz telah menjalin kerjasama antarabangsa dan memeterai beberapa  hubungan perdagangan di China; Mexico dan Amerika Latin; Turki, Itali dengan beberapa negara Eropah; Jepun dan pasaran Korea Selatan. Ini bertujuan untuk mengembangkan industri Halal di luar cakarawala negara-negara“Tradisi Islam” (Organization of Islamic Cooperation- OIC).

 

Sebagai anggota utama Perikatan Halal Global (“Halal Global Alliance”) – dengan ikatan kerjasama “longgar” bersama dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan negara luar dari Singapura, New Zealand dan pihak-pihak berkepentingan, “Halbiz” akan memainkan peranan utama untuk mendorong agenda Eko-sistem Halal Global yang inklusif, saling menguntungkan dan berfungsi sebagai jambatan antara pasaran negara Islam  dengan  Bukan - Islam. Ini sejajar dengan ajaran agama Islam di mana nilai-nilai sejagat diterapkan seperti produk Berkhasiat, Selamat, Berkualiti dan Mesra Persekitaran, malah ianya dikemaskini pula dalam kerangka sistem Halal dalam pengeluaran produk makanan dan barangan pengguna, termasuk pembiayaan yang adil dan saksama (Pembiayaan Islam) serta perkongsian kekayaan di kalangan masyarakat  melalui Zakat dan Sedeqah.

 

Membangun Infrastruktur, Mengalih Halangan dan Menghubungkan Pasaran

PEJABAT

Halbiz International Sdn Bhd

Aras B-01, Wisma YPJ Holdings

No 5, Jalan Sri Perkasa 1/3,Taman Tampoi Utama,

81200 Johor Bahru

© 2020 HalBiz Group

  • HalBiz International

HUBUNGI KAMI

Email: admin@halbizgroup.com



​Talian: +60 197772788