HALBIZ INTERNATIONAL

Halbiz International Sdn Bhd “HalBiz”, adalah merupakan anak syarikat Majlis Agama Islam Negeri Johor, yang dizahirkan melalui Usahasama dengan IHF Academy Sdn Bhd yang merupakan cabang komersial daripada International Halal Labuan Foundation

www.ihalalfoundation.org

Sesuai dengan statusnya sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di bawah Majlis Agama Islam Negeri Johor, Sasaran Halbiz adalah untuk menjadi pemangkin industri global dalam pembangunan Ekosistem Halal dan Rantaian Nilai khususnya di Johor, dan berfungsi sebagai model Hab Halal Global di Malaysia.

 

Sejak ditubuhkan pada 10 Julai 2017, Halbiz telah menjalin kerjasama antarabangsa dan memeterai beberapa hubungan perdagangan di China, Mexico & Amerika Latin, Turki, Itali dengan beberapa negara Eropah, Jepun dan pasaran Korea Selatan. Ini bertujuan untuk mengembangkan industri Halal di luar cakarawala negara-negara “Tradisi Islam” (Organization of Islamic Cooperation - OIC).

 

Sebagai anggota utama Perikatan Halal Global (“Halal Global Alliance”) – dengan ikatan kerjasama “longgar” bersama dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan negara luar dari Singapura, New Zealand dan pihak-pihak berkepentingan, “Halbiz” akan memainkan peranan utama untuk mendorong agenda Eko-sistem Halal Global yang inklusif , saling menguntungkan dan berfungsi sebagai jambatan antara pasaran negara islam  dengan  Bukan - Islam. Ini sejajar dengan ajaran agama Islam di mana nilai-nilai sejagat diterapkan seperti produk Berkhasiat, Selamat, Berkualiti dan Mesra Persekitaran, malah ianya dikemaskini pula dalam kerangka sistem Halal dalam pengeluaran produk makanan dan barangan pengguna, termasuk pembiayaan yang adil dan saksama (Pembiayaan Islam) serta perkongsian kekayaan di kalangan masyarakat  melalui Zakat dan Sedeqah.

 

Membangun Infrastruktur, Mengalih Halangan dan Menghubungkan Pasarana 3 tonggak program 

Qurban Program 1441H

Global Halal Alliance

Latihan & Perkhidmatan

Hab SME - Kemudahan Pemprosesan OEM

Acara & Ekspo

PEJABAT

Halbiz International Sdn Bhd

Aras B-01, Wisma YPJ Holdings

No 5, Jalan Sri Perkasa 1/3,Taman Tampoi Utama,

81200 Johor Bahru

© 2020 HalBiz Group

  • HalBiz International

HUBUNGI KAMI

Email: admin@halbizgroup.com



​Talian: +60 197772788